Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Insya Allah, blog ini akan jadi jurnal proses pembelajaran dan pengajian ilmu sistem dagang Woodie's CCI untuk pasaran ForEx. Sebelum ni penulis memang dah pernah berdagang matawang, namun berhenti akibat kekhilafan pendapat yang mana penulis punya kesangsian untuk meneruskan aktiviti dagangan. Namun, kenaikkan harga minyak baru-baru ni (September 2013) menyebabkan penulis mencari alternatif untuk menambah pendapatan.
Menyelongkar semula ape yang boleh dibuat oleh penulis, penulis teringat semula pasaran matawang asing ni. Sebelum ni memang pernah bersengkang mata mengaji indicator sampai berkumpul jadi suatu sistem yang insya Allah dapat baca pergerakan pasaran. Namun terhenti akibat kekhilafan status sebenar kedudukan berdagang matawang asing di internet ni. Dalam penyelongkaran penulis baru-baru ni, penulis bertemu dengan hujah dan pendapat seorang forumer dari forum Carigold.com yang menghilangkan keraguan dalam diri penulis berkaitan dengan pasaran matawang asing ni.
Dalam post seterusnya di dalam blog bahasa rojak ni, penulis akan letakkan hujah dan pendapat saudara forumer itu berkenaan dengan ForEx.
Semoga untuk kali ini, penulis dapat istiqamah mengarang jurnal ini. Segala yang baik itu daripada-Nya dan segala kelemahan itu daripada diri penulis sendiri sebagai hamba-Nya yang daif, semoga yang baik dapat dimanfaatkan dan yang buruk itu dijadikan pengajaran dan teladan untuk masa depan.
Wassalam
No comments:
Post a Comment