Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.
Kita bicara sedikit tentang CCI. Walaupun boleh katakan, kita tak perlu tahu pun macam mana CCI dikira, tapi sekadar ambil tahu serba sedikit mengenai CCI.
CCI diketengahkan oleh Donald Lambert pada penghujung tahun 1980 (oo.. penulis belum lahir lagi tu..). Sejak diperkenalkan, petunjuk ini semakin popular dan menjadi antara petunjuk yang biasa digunakan oleh pedagang dalam mengenalpasti pusingan tren bukan setakat komoditi, tapi dalam ekuiti dan matawang.
CCI boleh diubah mengikut rangkamasa tertentu bersesuaian dengan pasaran yang didagangkan dengan mengubah tempoh purata.
Walau bagaimanapun, dalam sistem WCCI ni, kita menggunakan CCI untuk mengenalpasti isyarat masuk dan ambil tahu nilai CCI semasa. Tiada perkiraan dibuat memandangkan ianya telah dikirakan oleh sistem platform.
Namun, kalau masih berminat untuk mengetahui lanjut berkenaan CCI, boleh rujuk link di bawah.
CCI @ Wikipedia.com
CCI @ Stockcharts.com
Dalam sistem WCCI, nilai tempoh purata yang digunakan (lepas ni disebut nilai sahaja ok?) ialah 14 bagi CCI utama dan 6 bagi CCI Turbo (takde siput macam kereta) dan carta akan kelihatan seperti di bawah ini.
Penulis dah tukar warna asal carta kepada warna yang lebih selesa pada pandangan penulis. Dalam carta di atas, garis "Maroon" adalah CCI Turbo dan garisan Hitam ada garisan CCI utama. Warna yang mengisi ruangan antara dipanggil "Histogram". Adanya warna ni, senang nak bezakan antara CCI utama dan CCI Turbo.
Dalam gambar di atas, carta menggunakan warna asal. Kita nak fokus pada nilai CCI Utama dan nilai CCI Turbo semasa. Kalau kita tengok dalam gambar tu, pada bahagian atas ada tertulis nombor, itu adalah nilai semasa. Nilai ni boleh berubah-ubah sehingga bar semasa ditutup.
Dalam gambar boleh di lihat, CCI Utama berada pada nilai -182.9191 dan CCI Turbo berada pada nilai -103.9216. 7 penanda aras boleh dilihat pada carta :
1 penanda aras akan dibincang dalam pos khas. 3 berada pada kedudukan positif dengan jarak 100 dan 3 lagi berada pada kedudukan negatif dengan jarak -100. Walau bagaimanapun, dalam WCCI, nilai yang diambil kira adalah dari 200 sehingga -200.
No comments:
Post a Comment