Latar Belakang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Penulis nak kongsi pengalaman berdagang ForEx ni. Biasalah, mesti ada yang nak tahu. Paling tidak seorang dua daripada ramai-ramai yang berziarah ke blog yang tak seberapa ni kan. :-)

Penulis mula berkecimpung dalam dunia ForEx ni bermula Ogos 2006. Berhenti daripada bekerja sebagai pembantu di sebuah agensi insurans di ibukota. Tapi, bukanlah penulis jadi trader sendirian berhad, bekerja sebagai trader di sebuah syarikat "Timely Vibes Sdn. Bhd." di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor. Sebenarnya penulis bekerja di situ kerana ayahanda minta untuk kerja di situ. Seorang sahabatnya pun melabur dalam syarikat itu, telah beroleh keuntungan tapi masih belum pulang modal. Pendekkan cerita, masuk kat situ diajarkan baca support & resistance sahaja menggunakan TF H1 dan Daily dengan spread GU sebanyak 10 pips. Hmm, pendekkan cerita lagi akhirnya hanguslah RM60,000. Itulah sebesar-besar kerugian sehingga sekarang.

Selepas itu, penulis belajar sendiri mengenai ForEx, pergi ke kelas (sekali je pun.. hehe) dan akhirnya study sendiri dengan merujuk kepada forum dan pemerhatian sendiri. Bersengkang mata memerhati pergerakan pair-pair matawang dan bacaan petunjuk. Study daripada pagi ke pagi. Tidur dan makan di depan komputer. Kemudian pernah juga buka kelas (hehe). Adalah sekadar 2-3 orang student. Gunakan sistem sendiri. Yang buat untungnya adalah student. Sehinggalah akhirnya berjumpa dengan Woodie's CCI. Sehingga sekaranglah melekat Woodie's CCI dengan penulis.

Sewaktu timbulnya isu sama ada halal atau tidak berdagang matawang asing, penulis memilih untuk tidak berdagang sehingga ada hujah yang boleh dipegang. Lebih kurang 4 tahun penulis meninggalkan dagangan ForEx. Kini, setelah berjumpa dengan hujah yang jelas, maka penulis boleh berlapang dada untuk bermula semula tetapi masih kekal dengan sistem Woodie's CCI.

Klik sini -> Hujah dari sudut hukum syarak.

Wassalam