MyWCCI

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

Dalam page ni, adalah "custom settings" yang penulis akan, atau sedang, atau telah gunakan sepanjang pengajian sistem MyWCCI.

Penulis tidak kekal dengan sistem asal sepenuhnya kerana seperti pengguna-pengguna WCCI lain, apabila berhadapan dengan ForEx ia adalah suatu pasaran yang boleh kita label sebagai ganas. Bahkan ketenangan pasaran ini tidak boleh disalah tafsir "Air yang tenang jangan disangka tiada Cik Marginah". Penulis merasakan untuk membolehkan penulis mengkaji arah pergerakkan pasaran, selain daripada sistem sedia ada, penulis memerlukan bantuan bacaan daripada petunjuk-petunjuk lain yang biasa digunakan dalam berdagang berdasarkan pengalaman.

"Setup MyWCCI"
"
"TimeFrame" : 15M / 1H (Dua tetingkap dibuka serentak atau menggunakan petunjuk pelbagai rangkamasa [MTF])

Petunjuk :

1) Set "Woodie's CCI Panel Heart v4"
Tetapan :
CCI : 14
TCCI : 6
LSMA : 25

2) Set "Moving Average" atau set "Moving Average" + MTF

2.1 Tetapan Set 1
2.1.1 200 / Light Weighted
2.1.2 100 / Light Weighted
2.1.3 50 / Light Weighted
2.1.4 34 / Light Weighted
2.1.5 21 / Light Weighted

atau

2.2 Tetapan Set 2
2.2.1 34 / Light Weighted / Default TF
2.2.2 34 / Light Weighted / TF 1H
2.2.3 34 / Light Weighted / TF 4H

3) Relative Strength Index (RSI)
Jangkamasa : 14
Aras : 70 / 50 / 30

### Kemaskini 06.10.2013
Petunjuk baru Woodies CCI yang telah dikemaskini kodnya.

Sila rujuk forum forex-tsd.com

No comments:

Post a Comment