Setup Platform

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Ok, platform yang digunakan adalah Metatrader 4. Boleh juga untuk gunakan platform Metatrader 5. Terpulang kepada kesesuaian.


Untuk pengajian ni, penulis menggunakan broker LiteForex.org walaupun sebenarnya banyak lagi broker yang penulis biasa gunakan untuk pengajian. Antara lainnya Instaforex dan IkoFX. Opps, ini bukan promosi sebab penulis bukan Introducing Broker (IB) atau tukang kenalkan broker.

Untuk indicator, boleh cari Woodie Panel Heart V4 di internet. Kalau ingin dapatkan melalui penulis, boleh tinggalkan alamat emel di ruangan komen. Walau bagaimanapun, untuk platform Metatrader 5 masih belum ada set indicator yang lengkap. Kena cari sendiri la kot.

Oleh kerana penulis belajar, mengaji dan mengkaji sistem Woodie's CCI ini, ada kemungkinan bahawa tambahan indikator atau pengurangan indikator atau tetapan indikator. Walau bagaimanapun, masih asas Woodie's CCI akan cuba dikekalkan. Matlamatnya, mendapatkan sistem Woodie's CCI yang bersesuaian dengan ForEx untuk membantu mendapatkan keuntungan daripada dagangan.

No comments:

Post a Comment