Template WCCI

Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

Dah beberapa hari tak usik blog ni. Hari ni, nak kongsi macam mana untuk setup Woodie's CCI dalam platform dagangan Metatrader 4.

Langkah 1 : Cari melalui enjin carian kesukaan perkataan "Woodie-Panel-Heart-V4.zip".


Langkah 2 : Bila dah jumpa, download dan simpan dalam komputer.


Langkah 3 : Menggunakan perisian zip kesukaan, keluarkan semua fail ke dalam satu folder. Dalam gambar di bawah, penulis suka menggunakan perisian WinRAR yang boleh diperolehi secara percuma.


Langkah 4 : Klik pada folder yang berkenaan.


Langkah 5 : Anda akan dapati kandungan seperti dalam gambar di bawah. Walaupun tertulis di situ v3.2, tapi kita tak gunakan pun.


Langkah 6 : Tekan butang Ctrl pada keyboard dan pilih dua folder iaitu "experts" dan "templates". Kemudian klik kanan dan pilih Copy.


Langkah 7 : Pergi ke folder di mana Platform Metatrader 4 broker anda di pasang. Contohnya, untuk Broker LiteForex, folder berada di My Computer -> Program Files -> LiteForex MT4.


Langkah 8 : Klik kanan dan pilih Paste. Kemudian sekiranya ada skrin baru keluar, pilih Yes.



Langkah 9 : Buka platform anda yang telah dipasang. Mungkin apa yang keluar pada skrin anda berbeza dengan penulis, tapi itu tidak menjadi masalah. Klik kanan pada skrin platform, dan pilih salah satu antara dua template yang dipaparkan seperti di bawah. Abaikan template lain yang ada.


Anda akan dapati skrin anda seperti gambar di bawah.

No comments:

Post a Comment