9.30.2013

Vegas Trade

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

Paten perubahan trend ni dikenali dengan nama "Vegas Trade" (VT). Paten ni antara paten yang kerap dijumpai namun memerlukan perhatian yang baik kerana membabitkan pengiraan bar.


Syarat-syarat paten ni :

1) Trend telah terbentuk. (6+ bar)

2) "Main CCI" menaik melepasi +200 (atau melepasi -200 bagi "DownTrend") dan kemudian turun melepasi +100 menghala ke ZL (atau melepasi -100 bagi "DownTrend" menghala ke ZL).

3) "Main CCI" berpatah semula ke arah +100 (atau ke arah -100 bagi "DownTrend") seakan-akan membentuk ZLR.

4) Bermula daripada bar pertama sewaktu "Main CCI" berpatah arah, pengiraan bar dilakukan. Kiraan minima 3 bar sehingga maksima 10 bar. Dalam gambar ini, kiraan berjumlah 6 bar sebelum "Main CCI" berpatah semula melepasi ZL.

5) Entri dibuka apabila "Main CCI" melepasi ZL. Dalam keadaan ini, LSMA mestilah searah dengan "Main CCI" iaitu merah sekiranya daripada "UpTrend" berubah ke "DownTrend" dan hijau apabila sebaliknya. Dalam gambar contoh, LSMA berwarna merah menunjukkan isyarat paten ini lengkap.

6) Ini adalah cadangan penulis untuk menutup entri. Kelihatan TCCI menyentuh dan memotong "Main CCI". Ini kaedah "play safe" bagi penulis.

Dalam gambar contoh, dapat dilihat selepas lengkap paten VT ini, trend telah berubah.

Zero Line Reject

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

Paten "Trade With Trend" (TWT) pertama ini adalah yang paling popular. Dikenali dengan nama "Zero Line Reject" (ZLR).

Percaya atau tidak, hanya dengan menguasai satu paten ini, boleh membantu kita menjana keuntungan dengan kadar yang memuaskan?

Okay. So, ape syarat-syarat paten ZLR ni?


1) Trend daripada "Main CCI" mesti sudah terbentuk (6 bar).

2) "Main CCI" melepasi paras +100 kemudian turun ke arah ZL ( atau -100 kemudian naik ke arah ZL bagi "DownTrend").

3) CZI menunjukkan trend yang kuat (warna Cyan bagi "UpTrend" atau warna Coklat bagi "DownTrend").

4) SW berwarna hijau.

Terdapat satu lagi isyarat paten ZLR yang lengkap ditandai dengan nombor 5.

Antara tanda lain yang boleh diperhatikan ialah pergerakan "Turbo CCI" (TCCI) yang sekata dengan pergerakan "Main CCI". Keadaan ini menunjukkan pergerakan yang baik dan peluang untuk memperolehi keuntungan adalah tinggi.

Anda akan mendapati paten ini lebih banyak pada waktu pasaran aktif. Misalnya jam 7 pagi waktu Malaysia untuk pasaran Yen Jepun atau jam 4 petang waktu Malaysia bagi pasaran Pound British. Ataupun dalam waktu antara 7 pagi sehingga 7 petang bagi pasaran Euro Eropah vs Yen Jepun.

Entri pertama ZLR dicadangkan ditutup apabila "Main CCI" berpatah semula ke arah ZLR iaitu pada bar seterusnya atau setelah ia melepasi aras +100.

Entri kedua ZLR dicadangkan ditutup apabila "Main CCI" melepasi aras +200.

Berdasarkan pengiraan penulis dalam carta "candlestick" (tiada dalam gambar), entri pertama memberikan keuntungan sehingga 8 pip manakala entry kedua memberikan keuntungan sehingga 20+ pip.

Suka untuk penulis menyarankan agar belajar mengenal entri dan exit paten ini sehingga benar-benar mahir. Dengan satu paten ini, insya Allah anda boleh mendapat keuntungan daripada pasaran.

9.29.2013

Sidewinder

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

"Sidewinder" (SW). Tak banyak penerangan tentang SW ni sepanjang penulis belajar dan mengkaji sistem ni. Sepengetahuan penulis, SW ni, sama seperti CZI dan LSMA menjadi penguat kepada isyarat paten sistem.


Isyarat yang dihasilkan oleh SW hanya 3:

Hijau = Trend sangat kuat

Kuning = Trend dalam pembentukan

Merah = Tiada trend.

Jadi, ingat pada lampu isyarat, ingatlah isyarat daripada SW ni.

Least Square Moving Average

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

Tak banyak yang penulis nak kongsikan berkenaan dengan "Least Square Moving Average" (LSMA) ni.

LSMA yang digunakan dalam sistem ini mempunyai formula yang berbeza dengan LSMA yang ada dalam senarai petunjuk platform "Metatrader 4" sedia ada. Formula ini, menggunakan formula Woodie sendiri. Jadi, sila tanya tuan punya formula kalau nak tahu lebih lanjut. (hehe)

Dalam gambar di bawah, menjelaskan di mana kedudukan LSMA dalam petunjuk sistem ini.


Apa yang perlu di fahami ialah, tetapan bagi LSMA ialah 25.
Hijau = harga pasaran berada di atas garisan LSMA.
Merah = harga pasaran berada di bawah garisan LSMA.

Fungsi LSMA?

Sebagai penguat tambahan bagi paten-paten sistem.

Jelas?

Zero Line

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

Kali ni, perkongsian berkenaan dengan "Zero Line" atau ringkasannya ZL.


Jadi, ape sebenarnya ZL ni? ZL ni adalah garisan yang dijadikan sebagai Support & Resistance (SNR) utama pada waktu itu di masa itu. Maksudnya, ia tidak merujuk kepada SNR dalam masa-masa lain. Iaitu semasa market tengah aktif / adanya aktviti.


Jadi, dalam gambar di atas, kita boleh tengok ada 7 aras bermula dari +300 sehingga -300. Setiap aras adalah SNR, namun SNR yang terkuat adalah ZL. Oleh sebab itu, pentingnya ZL.


Dalam gambar di atas, "Least Square Moving Average" (LSMA) telah dikodkan oleh tuan koder petunjuk pada ZL. Ini untuk memudahkan bacaan dan menjimatkan ruang yang perlu untuk meneliti dan membaca pasaran.

Gambar dibawah menunjukkan petunjuk dalam keadaan penuh, CCI, ZL, LSMA.

Trend

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

Dalam sistem ini, Trend Utama ditentukan menggunakan Main CCI


Dalam gambar di atas, Main CCI yang berwarna merah untuk DownTrend dan Main CCI berwarna biru untuk UpTrend.

Macam mana nak tahu DownTrend atau UpTrend?

Rujuk gambar di bawah


1) 4 bar pertama adalah permulaan sesi.

2) Bar ke-5 adalah isyarat trend akan terbentuk.

3) Bar ke-6 adalah permulaan trend.

syarat ini adalah untuk kedua-dua trend.

Senang aje kan?

9.28.2013

Chop Zone Indicator (CZI)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

Chop Zone Indicator atau CZI dicipta oleh Woodie sendiri. Kenapa dengan CZI? CZI digunakan untuk menentukan hala tuju pasaran semasa. Warna Cyan menunjukkan trend pasaran semasa sedang menaik manakala warna coklat menunjukkan trend pasaran semasa menurun.

CZI menjadi sebahagian daripada penentuan dalam jualan dan belian, penguat bagi isyarat, isyarat paten yang terdapat dalam sistem ini.

Selain daripada trend menggunakan CZI, trend ditentukan "Main CCI". Perkara ni dibincangkan dalam post yang lain.

CZI yang disertakan dalam pakej "Woodie-Panel-Heart-v4.zip" akan memaparkan isyarat seperti dalam gambar di bawah.


Warna Cyan : 3 bar berwarna sama yang berturutan menujukkan trend menaik
Warna Coklat : 3 bar berwarna sama yang berturutan menujukkan trend menurun
Pelbagai warna : Trend tidak pasti. (pun boleh panggil trend huru-hara :])